Setiap dugaan itu sebenarnya indah walau sepahit manapun. Kadangkala kita terlalu asyik gembira dalam kesenangan sehingga kita merasakan tidak mungkin kita akan kehilangan kebahagiaan yang kita ada. Ternyata salah andaian itu. Dalam sekelip mata, kebahagiaan boleh hilang dari hidup kita atas seribu satu sebab. Seringkali kebahagiaan dikaitkan dengan apa yang kita miliki di dalam dunia ini; yang terdiri daripada keluarga, kekasih, sahabat, kemewahan, ilmu dan bemacam macam lagi. Sedarkah kita bahawa seringkali yang menyakitkan itu adalah apabila kita kehilangan sesuatu yang kita miliki di dunia ini?
Kita kehilangan cinta dan kita jadi tidak tentu arah. Kita kehilangan keluarga dan kita terasa hidup kita pincang. Kita kehilangan peluang untuk mengejar cita-cita dan kita rasa seperti dunia ini seakan tidak makna. Bagaimana pula jika kita kehilangan kasih dan sayang kita pada tuhan yang maha esa? Adakah kita pernah terkilan?
Adakah kita sedar bahawa kita mungkin kehilangan keluarga, kehilangan cinta, kehilangan sahabat, kehilangan kedudukan namun kita tidak akan pernah kehilangan agama dan tuhan?
Indah bukan bila kita fikirkan yang sebenarnya kita tidak mungkin hilang arah tujuan dalam hidup jika kita berpegang pada agama dan tuhan?
Cintalah dunia,
tiada salahnya
kerana sememangnya wujud kebaikan dan keindahan di dunia.
Cintalah juga agama dan tuhan
kerana dengan mencintai agama dan tuhan,
kita akan memperolehi berbagai anugerah dan pedoman yang tidak terperi.
No comments:
Post a Comment