Sejenak aku terkenangkan soalan yang pada suatu masa dahulu seringkali ditujukan padaku. Aku pernah ditanya apa yang aku rasa setelah aku kehilangan seorang ibu?
Aku pernah ragu-ragu memikir jawapan pada soalan itu. Kini aku ada jawapan yang pasti.
Aku rasa bersyukur kerana aku pernah dianugerahkan seorang ibu yang berhati murni. Aku rasa bertuah kerana dianugerahkan bapa, keluarga, sahabat handai dan nikmat yang lain.
Ada orang di luar sana yang langsung tidak mempunyai ayah atau ibu. Ada yang kehilangan ibu dan bapa pada usia yang amat kecil. Kehilanganku amat kecil apabila dibandingkan dengan kedukaan orang lain.
Ya Allah terima kasih ya Allah, terima kasih kerana memberiku anugerah anugerah berupa hikmah, dugaan dan pahit manis kehidupan. Aku bersyukur Ya Allah. Alhamdulillaah Syukur.
No comments:
Post a Comment