Aku mencari, mencari lagi.
Aku mencari sinar yang pasti.
Aku mencari sinar yang dapat membawaku ke arah
kebaikan.
Aku mencari sinar yang suatu ketika dikatakan akan
menjadi milikku.
Sungguh telah dikatakan sinar itu akan menyinari
hidupku.
Namun, kata hanya sekadar kata, kekal di bibir
sahaja.
Andaian hanya berupa andaian.
Yang pasti setiap dari kita hanya merancang,
namun
ketentuan tetap milik yang maha esa.
Hatiku tegar untuk menanam harapan yang jitu.
Hatiku tegar untuk melihat pintu hikmah yang nyata.
Hatiku tegar untuk menjalani fasa hidup ini.
Tiap kali kecewa menghampiri,
mulutku aku latih
untuk ucap syukur kehadirat Illahi.
Tiap kali hati terasa hambar,
harapan aku sandarkan kepada yang esa.
Ini bukan yang pertama
namun tiap kemungkinan tetap memalitkan rasa yang serupa.
Siapa yang mampu menduga?
Siapa yang dapat merasa?
Siapa yang tahu apa yang tersurat buatku esok, tulat atau di hari yang akan datang?
Yang pasti kasih sayang Illahi tidak pernah berbelah
bagi
dan itulah sinar yang tidak akan pernah luput.
Sinar yang dapat meredakan kehambaran di hati.
Sinar yang dapat mengukuhkan semangat diri.
Untuk menghadapi segala macam kemungkinan.
Aku masih berdiri
teguh,
jitu,
dan bersemangat.
Akanku ubati kehambaran di hati.
Akanku temui hikmah yang pasti.
Akanku kecapi sinar yang hakiki.
Itu suatu janji.
Itu suatu janji.
No comments:
Post a Comment