Wednesday, March 28, 2012

Prinsip;


Kehidupan ini indah namun penuh pancaroba. Di dalam setiap ikatan persaudaraan, percintaan mahupun persahabatan terdapat berbagai ujian yang harus ditempuh. Ujian dan rintangan yang dapat menentukan sejauh mana keteguhan dan keluhuran suatu ikatan, bukan?

Kepercayaan amat mudah dimusnahkan dek keasyikan mengejar nikmat yang sementara. Kepercayaan seringkali disemai lalu dirampas kembali tanpa sebarang pesan, membiarkan diri terkapai kapai mengutip sisa-sisa kekuatan yang membara mahu meneruskan kehidupan.

Adilkah hidup? Jujurkah kehidupan? Wajarkah segala yang sedang berlaku ini?

Jawapannya ada jauh di benak hati dan jiwa sendiri.

Hakikatnya, hidup memang berkait rapat dengan takdir dan suratan namun aku percaya dengan seluruh hatiku setiap dari kita bebas mencorakkan hidup yang kita impikan berlandaskan kebaikan dan kemuliaan.

Kehidupan yang ingin aku bina adalah sebuah kehidupan berlandaskan pegangan agama hakiki dan nilai-nilai mulia dan jauh dari tipu daya, hasad dengki, prasangka dan segala yang mampu melunturkan iman di dalam diri ini. 

Aku teguh. Aku akan meneruskan perjalanan hidup ini.

2 comments: