Wednesday, February 9, 2011

[BeRRySyuR] Munajat - Rabbani



Aku terasa amat kerdil di sisi yang maha esa. Masih banyak kelemahan yang aku perlu perbaiki. Kadang kala dugaan hidup membuatku melepaskan keluhan demi keluhan. Sesungguhnya tuhan maha mengetahui segala galanya.

Aku akan terus mengucapkan kesyukuran di atas nikmat nikmat yang diberkati dalam kehidupanku. Aku bertuah kerana dikurniakan nikmat dalam pelbagai rupa. Meskipun nikmat itu kecil, ia memberiku semangat untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan.

"Bisikkan ku untukmu, munajatku mohon restu. Semoga cintaku bukan palsu."

No comments:

Post a Comment