Tuesday, January 25, 2011

Luahan;

Aku hanya insan biasa yang punya perasaan yang sama seperti yang lain. Adakalanya aku rasa gelisah, adakalanya aku rasa amat bahagia dan ada juga waktu apabila aku sebak mengenangkan suka duka kehidupan.

Dia ada.
Dia amat hampir denganku.
Dia indah.

Dia masih ada tapi
dia semakin jauh.
Dia tetap indah.

Wahai semua di luar sana, hidup penuh suka dan duka. Apabila tuhan mengurniakan kebahagiaan dari segi seorang sahabat ataupun keluarga ataupun mungkin dalam suatu pengalaman, jangan butakan mata dan hati daripada menerima kebahagiaan itu.

Percayalah,kebahagiaan itu kurniaan ikhlas dari Illahi. Jangan mengusir kebahagiaan pergi kerana kelak, kamu akan dihantui suatu soalan iaitu, "Mengapa aku tidak bersyukur?" Soalan itu akan berlegar di minda dan dalam masa yang sama, kenangan demi kenangan akan menggamit memori semalam.

Walau apa pun, kita sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan yang kadang kadang amat tidak wajar. Penting untuk kita terapkan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi akibat dari perbuatan kita sendiri. Setiap kesilapan boleh diperbaiki. Setiap kegagalan boleh bertukar menjadi kebahagiaan di suatu hari kelak.

Aku menanti, menanti dengan penuh harapan. Jika benar semuanya bersebab, aku percaya di suatu hari kelak aku akan dipertemukan dengan hikmah dan hidayah. Jika tidak, aku redha.

No comments:

Post a Comment